Friday 28 September 2012

Mengapa Tawaf Melawan Arah Jam Yg Anda Pakai Skg

MENGAPA TAWAF MELAWAN ARAH JAM

      Tawaf... iaitu Tawaf haji yang disebut juga tawaf Ifadhah. Para Malaikat melakukan Tawaf di langit mengelilingi sebuah binaan yang dinamakan " Baitul Makmur ". Baitul Makmur itulah tempat para Malaikat di langit bertawaf memuji dan mengesakan Allah. Selain para Malaikat di langit, ada juga para Malaikat yang bertugas di bumi, maka Allah telah memerintahkan para Malaikat di bumi mendirikan sebuah binaan yang sama fungsinya dan sejajar dengan Baitul Makmur di langit sebagai tempat tawaf para Malaikat di bumi. Dan didirikanlah sebuah binaan menurut perhitungan para Malaikat bersententangan dengan Baitul Makmur di langit dan dikatakan itulah kawasan Baitullah di Kota Makkah yang ada pada hari ini.


HAJI SATU IBADAH YANG UNIK

        Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.
Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.
Ibadah haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim AS dan amalan haji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman (dam) itu pula tidak boleh ditangguhkan selepas habis musim haji.
Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi. Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari. Ibadah haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim A.S dan amalan haji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman (dam) itu pula tidak boleh ditangguhkan selepas habis musim haji.
Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga Melawan Arah Jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.

MEKAH PUSAT BUMI DAN IBADAH

MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".

Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya. Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.

Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah Allah. Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.

Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.

Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.

Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.

Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.

Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.

Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.

Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".